Saturday, May 17, 2014

Wahai isteri-isteri kami......

Aku terima wassap dari kawan aku macam kat bawah ni...


Isshh... Macam2 orang pompuan ni kan? APA yang menulis ni tak belajar ekonomi ke?

Permintaan berlawanan dengan penawaran. Lagi banyak permintaan, lagi mahal harga barangan, dalam hal ni perkhidmatan suami.

Kalau isteri banyak pantang larang, suami pun ada pantang dia......pantang di larang.

Kalau sang isteri boleh ikut macam yang kami suami-suami mithali mahukan, 11 pantang tu sap-sap soi...kami boleh lakukan.  

Bawah ni aku persembahkan jawapan kepada 11 pantang sang isteri-isteri.

1. Pantang suami di kata kan lupa birthday atau anniversary. Kami tak suka menunjuk- nunjuk pada orang lain terutamanya pada kawan-kawan yang belum kahwin, kesian pada mereka. Lagi pun kami ni suka bagi surprise kat isteri.

2. Pantang kami sang suami di katakan memuji-muji perempuan lain di katakan gatal. Kami menghargai dan memuji ciptaan Tuhan. Apa yang cantik dan bagus kami terus terang, sebab kami bukan hipokrit. Isteri sepatutnya bangga dengan suami begini.

3. Apa salah kami sang suami kalau tengok pompuan lain? Kalau tak tengok mungkin terlanggar dia...nak yang mana, tak tengok terlanggar pompuan tu atau kami tengok untuk elakkan kemalangan?
Lagi satu, kalau kami asyik tengok lelaki jer nak ke?

4. Isshh... Kami sang suami amat menghargai isteri-isteri kami termasuk rakan-rakan mereka. Apa nanti kawan-kawan kamu kata bila kami suami tak layan mereka. "Suami dia tu sombonglah, aku rasa suami dia kena queen control Lah". Nak ke macam tu. Buruk nama you nanti jugak.

5. Kalau ada fb, tak like/comment/follow tak sah. Nanti orang kata kita kera sumbang dalam alam Maya. Kalau kami follow maksudnya kami ni sentiasa ikut cerita terkini dan sentiasa up to date. Nanti kalau orang mahu tipu kita, kita dah bersedia.

6. Kalau hp takde password jadi masalah kepada kita. Apa jadi kalau anak-anak atau orang lain buka hp abang? Gambar-gambar kita yang tak censor tu........? Bahaya tu!

7. Kami orang lelaki banyak yang nak di fikirkan. Tentang keluarga, kawan-kawan malahan soal negara dan dunia pun kami akan fikir. Banyak sangat untuk kami simpan dalam otak kami, inikan dalam hp yang ada tak seberapa gig tu. Bila log clear kami rasa lega.

8. Kan aku dah kata tadi, kami lelaki mana ada borak kosong, berbagai topik kami bincangkan mana ada cukup masa. Kadang-kadang boleh makan berminggu-minggu, contohnya kisah tragedi mh370.

9. Suami mana tak sayang Bini...baca artikel aku sebelum ni. Bila keluar negara yang pastinya kami bertugas. Kadang-kadang nak bercakap dengan diri sendiri pun tak sempat, ini kan nak call. Tapi kalau nak SMS tu aku rasa not a big problem, no issue at all.

10. Bab bagi surprise ni, kami memang pakar hanya kami lelaki rambang mata. Itu yang kadang-kadang makan hari atau bulan nak decide hadiah tu. Jangan mare ek?

11. Bukan tak mahu cium dahi isteri sebelum pegi kerja.  Kalau boleh nak cium seluruh muka tapi.......pergi mandi lah dulu!

No comments:

Post a Comment