Tuesday, August 28, 2012

Post Raya Syndrome



Assalamualaikum!

Mungkin belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca2 muslimin.

Selesai sudah raya bagi aku, tak tahu lah orang lain sebab sekarang aku mengalami 'Post Raya Syndrome'. Pernah dengar tak? Ini slogan ciptaan aku jer.

Sebulan di bulan Ramadhan yang mulia setelah berpuasa dan bertungkus lumus menjaga adab dan hukum-hukum sah puasa, tibalah Syawal yang di nanti2kan oleh umat Islam.

Aku tak tahu orang lain, tapi setiap Ramadhan tiba jauh di sudut hati aku berkata, "Syawal lagi....". Mungkin bagi sebahagian orang kata-kata fikiran ku ini tak 'manis' di luahkan oleh hati dan mulut kita. Ye lah aku faham sungguh....tapi aku tak boleh kontrol apa yang tercanak di hati aku.

Cuba kita renungkan, bulan puasa tiba belum sempat kita nak lafaz niat puasa, lagu dan iklan raya dah di mainkan di kedai2, radio dan TV. Setiap kali teringat raya ngilu hati aku terasa. RAYA nak pakai DUIT sekarang ni!

Belum sempat nak simpan duit, dah nak kena keluar lagi. Baju raya anak2, belanja nak balik kampung dan macam2 lagi. Aku cuba2 berjimat tapi dengan harga barangan sekarang, tak dapek den nak nolong...Baju anak2 jer 3 orang habis setengah bulan gaji aku. Tu belum kira belanja nak balik kampung bini aku (dah 3 tahun tak beraya kat kampung dia).

Hitung punya hitung, ngam-ngam nak pergi dan balik. Nasib baik jugalah ada hamba Allah yang baik hati pinjamkan keta dia untuk kami sekeluarga. Kalau nak balik naik bas lagi parah belanjer. Pegi balik dah dekat RM400. Nak berjalan kat kampung kena naik bas dan teksi, letih...

Kadang-kadang aku terfikir alangkah baiknya penyimpan mohor besar Raja-raja pada malam tengok anak bulan tu umumkan, "....tarikh satu Syawal lagi 3 bulan sebab anak bulan tak lahir-lahir lagi," mungkin sempat aku nak kumpul duit.


Macamanalah orang-orang miskin beraya (aku pun nyaris2 masuk asnaf). Makan minum harian pun tak boleh jamin nikan nak beraya. Bulan yang mulia untuk mereka yang beramal soleh bukan berbelanja tak toleh-toleh!

Pada malam raya aku bertolak ke utara dan tiba di kampung bini aku nak dekat subuh. Tahun ni aku dapat beraya dengan bawak keta besau...Naza Citra pinjaman peribadi sahabat kepada aku, sambil mendengar alunan radio yang mengumandangkan lagu2 raya. Bila lagu arwah Sudirman 'balik kampung di kumandangkan kami menyanyi bersama-sama dengan rasa gembira.

Dalam perjalanan, aku singgah di R&R Sungai Perak untuk makan malam. Tah apa yang tak kena, bila berlepas jer dari Sungai Perak tiba-tiba keta bergegar. Tewrpaksa lah aku bawa keta pelan2, dalam 60km/jam. Tu yang sampai lewat tu kat kampung. Aku tawakal jer bawa keta dalam keadaan begitu.

Dalam  hati aku berkata,"mampus aku, duit bawak ngam2 jer ni, apa nak jadi ni!" Bila bini aku tanya, aku jawab, "tak de apa2, esok sampai kat kampung boleh check."

Rupa-rupanya tayar belakang sebelah kanan dah bengkak. Udah lah tayar 17" low profile nipis, aku terkedu pikir nak ganti tayar berapa nak kena sedut.

Esok tengahari aku cuba bukak tayar tu nak ganti spare tapi tak dapat nak bukak. Aku sampai berdiri atas besi bukak tayar tu hingga bengkok, tak boleh nak gerak skru keparat tu. Terpaksalah aku bawak gi kedai tayar kat pekan. Nasib baik ada 1 kedai bukak dan nasib baik jugak kena RM6 jer tukar tayar tu ngan spare. Lega lah aku untuk seketika.

Lepas beraya sakan kat kampung, pada hari Khamis aku pun bertolak nak balik KL. Setiba kat Seberang Jaya, Pulau Pinang, aku rasa tak sedap bawak kete tapi aku fikir mungkin sebab tayar spare tu tebal maka rasa macam tu le.

Lama kelamaan rasa tu tak dapat aku tahan lagi, aku pun berhenti tepi jalan nak check apa sebab rasa macam naik unta tu. Alamak! tayar belakang belah kiri pulak buat hal. Sampai nampak retak2 kat tepi tayar tu. Aduh! Macamanapun aku kena ganti tayar tu. Dengan pelan2 aku pandu keta sampai sebuah kedai tayar di Juru. Aku tanya tayar second hand tak? Tokey tu kata. "Ini tayer 17 low profile, sini takde second hand, tayer balu ade,".


"Brape?" aku tanya dengan steady. "Empat latut," jawab tokey tu. Terkedu aku dengar jumlah tu. Nak telan air liur rasa kering tekak aku. Tapi aku tak mati akal. Aku cakap kat tokey tu yang kete tu aku sewa buat apa aku ganti baru, aku tanya mana ada kedai tayar yang dekat-dekat selain kedai dia. "Lu ambik ini jalan, follow ikut itu bas, sampai tlefik laik, hijau lu jalan telus. Nampak belah kili ade kelai itu jual bunger, lu slow down bagi signal masuk kanan. Lu boleh nampak itu kedai tayer lepan kedai bunger tu."Sungguh prihatin dan lengkap keterangan tokey tu. Kalau aku terlepas memang salah aku.

Aku pun cepat2 beredar dari situ sebab nak kejar masa. Kawan aku nak pakai kete malam tu jugak. Setiba aku kat kedai tayar tu, aku bergegas turun dan tanpa buang masa aku tanya tokey tayar tu tentang tayar second hand. Lega rasanya hatiku sebab memang memang dia ada satu lagi saja tayar yang di jual padaku RM55 termasuk pasang.

Lepas tu kami pun bertolak melaui jalan lama ke selatan hingga Taiping (nak save duit tol), singgah di sekolah anak aku yang nak tinggal buku-buku yang di beli kat Kulim. Lepas sembayang asar kami teruskan perjalanan dan masuk highway sebab nak kejar masa.

Kete memang banyak sepanjang perjalanan tetapi licin pergerakan hinggalah kami berenti di Ulu Bernam isi minyak RM10 jer dan beli makanan sikit isi perut. Dari Ulu Bernam hingga tol Sg. Buloh baru dapat pecut sikit sebab jalan pun dah 4 lorong. Tapi yang tak sedap tu, kejap2 terlanggar 'cat's eye' tengah pembahagian antara lorong jalan tu dan terdengar hentakan kuat bila terlanggar benda alah tu yang terakhir. Kecut perut aku di buatnya. Aku ambik keputusan meneruskan perjalanan sehingga sampai di depan rumah.

Alhamdulilllah, syukur rasanya di dalam hatiku sebab selamat sampai di rumah tanpa adapa-apa masalah lagi.  Kami tiba di rumah pada pukul10 malam. Kami pun segera angkut barang2 sebab sebentar lagi aku nak antar kete ke rumah kawan aku tu. Semasa mengangkut barang2 tu, aku terperasan tayar depan sebelah kanan dah pancit.

Hew! Mampus kalu aku bawak kete tu dengan tayar pancit, sebab dengan tayar low profile, rim boleh rosak dan rim tu akan gilis tayar sampai terbelah. Dengan kadar segera aku melompat mencangkung nak check tayar tu. Nasib baik sekali lagi sebab tayar tak pancit penuh tapi kurang angin jer. Lega rasanya sekali lagi macam orang baru lepas buang angin pus-pus.

Ingatkan itu jer dugaan nya, Lepas bersih kete tu ala kadar, aku pun masuk kete dan cuba start, senyap....Aik, apa dah jadi? Aku cuba tengok pasti kan gear, kat P. Aku gerakkan gear ke belakang dan kedepan sekali lagi. Cuba start, senyap.....

Aduih! Kira nasib apa ni? Baik atau tak? Nasib baik sebab sempat sampai rumah dengan selamat. Tak baik sebab kete tak nak start. Kete orang pulak tu, rosak kat dalam tangan aku pulak tu. Dahlah tayar satu pakai spare, kete pulak tak nak hidup! Bayangan duit melayang bermain di dalam otak aku.



Aku telefon kawan aku tu, dia kata takpelah esok dia akan datang tengok. Pendekkan cerita, starter kete tu yang rosak. Kawan aku panggil pomen elektrik dia, cina tu hidupkan dengan bypass sistem untuk di bawa ke bengkel dia. Aku tanya kawan aku macamana nak kira repair kete tu, dia kata tak payah nak kira sebab kete tu dah 7 tahun dah memang akan jadi macam tu.

Phew! Lega sekali lagi, walaupun aku beria-ia nak tanggung sama kerosakan tu (walaupun duit dalam poket ada kurang dari RM50).

Rasa macam satu tanggungan besar batu jatuh dari pundak aku. Tak mengapa lah, walaupun adventure ni aku kena tanggung waktu raya, tapi aku bersyukur semuanya selamat dan berakhir dengan baik.

Itu ceriter minggu lepas, hari ni kuku jari aku jadi pendek sebab dok gigit (metafora) kerana pegi keje dengan bekalan duit paling minimum. Nak kena keje untuk hidup sekali lagi. Bulan puasa dan cuti sekolah dah tamat, belanjer sekolah anak2 nak kena bagi hari2.

Aku dan bini aku buat catuan belanjer untuk keje. 'Post Raya Syndrome' menyerang kami berdua...........


2 comments: