Wednesday, July 11, 2012

Antara derma dan komisyen..



Ayah! Ni ada surat dari cikgu! Ke dua-dua anak aku serentak memanggil aku setiba aku di depan pintu. Belum sempat kaki nak melangkah masuk anak bongsu lelaki ku menerpa dan menghulur 2 keping kertas berwarna biru.

Aku baca dan mengeluh.....surat mintak derma nak baiki lantai surau sekolah dari PIBG sekolah. Aduh! Mana aku nak cekau duit ni? Klien belum bayar-bayar lagi duit....minggu depan anak sulung aku nak balik dari asrama sempena Ramadhan, duit lagi.

Aku tak kisah kalau ada duit tapi yang ada dalam poket ngam-ngam untuk belanja sekolah anak dan nak pergi kerja esok. Pergh!!!

Kadang-kadang aku terfikir bukan ke negara kita ni kaya, tapi kenapa tak sampai -sampai kat aku pun kekayaan tu. Nak buat camner, BOS atas dah bagi dugaan terima aje le dan berusaha.

Cerita pasal derma ni, di tempat aku selalu makan tengahari di Jalan Ipoh, kalau nak jumpa dalam satu hari kita boleh jadi balik jalan kaki kalau nak bagi derma pada orang-orang yang selalu minta derma, sedekah atau jual barangan. Yang buat aku heran, orang-orang yang sama selalu aku jumpa di Chow Kit, Kg Baru dan dekat SOGO...mintak derma tapi projek lain-lain.

Kadang-kadang bengang jugak sebab tertipu tapi teringat yang bila kita sedekah mestilah ikhlas, aku redha... Kembali ke cerita anak-anak ku tadi, aku rasa aku nak pergi cari sponsor besar untuk dapatkan dana sekolah anak aku nak baiki surau tu RM10 Ribu!

 Aku  terus telefon kawan aku, orang kuat politik kat sini dan tanya dia oleh tolong tak. Dia kata " Kau tunggu jap, jap lagi aku roger kau."

Lega bila dengar dia cakap macam tu. Lebih kurang 20 minit kemudian dia telefon balik.

"Bro, Datuk cakap dia boleh tolong tapi...." dia berhenti sejenak. "Tapi apa?" tanya aku.

"Tapi kau kena tolong Datuk balik," jawab kawan aku tu.

"Boleh, tak de hal, tolong apa?" aku tanya balik.

"OK, macam ni, esok kau pergi dapatkan reporter dari xxxx dan suruh diorang datang ke sekolah tu pada hari xxxx. Datuk nak bagi dalam RMxxx. Ni nak pilihanraya, Datuk kena tonjol diri dia," jelas kawan ku sungguh-sungguh.

"Aku pun terdiam jap...dah lama aku tak buat keje macam ni. Nak cari reporter satu hal, ongkos pun kurang. "Datuk ni kalau nak bagi, bagi je lah." getus hati ku.

"OKlah, nanti aku call kau balik," aku jawab. Ni nak buat macamana ni? Aku nak buat keje jadi senang, tapi bertambah beban pulak. Aku buka buku telefon aku dan terus hubungi seorang rakan aku yang berkerja di stesen xxxx tu dan jelaskan situasi aku ini. Alhamdulillah, dia kata dia boleh tolong aku. Lega aku rasa. Lepas aku brief dia, aku letak telefon dan hubungi kawan aku tadi.

Dengan nada gembira, dia ucap terima kasih kat aku bersungguh-sungguh. Aku bertanya " ngape kau yang suka sangat ni?" "Aku yang patut suka sebab sekolah anak aku ada orang nak sponsor?"

Lalu dia menjawab "Bukan apa bro, Datuk promise kat aku 20% kalau aku boleh dapatkan reporter tu sebab memang dia betul-betul nak tonjol diri nak aktif balik untuk pilihanraya ni," jelas bro kita ni.

"Loh, maksudnya Datuk derma kat kau sekali ke?" " Desperate sangat ke Datuk ni, sampai kena bagi kat kau komisyen derma ni?" aku buat-buat bodoh.

"Alah bro, dalam politik semua boleh jadi.....aku tumpang-tumpang je."jelas kawan ku tadi.

"Whatever lah, nanti hari tu cakap dekat Datuk jangan tak datang tau," aku potong cakap.


"OK, Roger bro, thanks," speaking London pulak, dia jawab terus letak telefon.

Dalam hati aku, aku rasa bersyukur sebab selesai satu bab masalah yang aku cipta sendiri. Kan ke senang kalau aku derma Singgit ke, Dua hinggit ke, tak payah aku bazir masa dengan makhluk-makhluk macam ni!

Hish! Semak kepala aku. Ni nak pikir pulak mana nak cari pulus untuk esok ni.
Dalam diam-diam otak jahat aku terfikir KOMISYEN!?


satria parang kontot



3 comments:

  1. Bro Babay....pueh Den mencari siapo sebonarnyo si satria parang kontot nie....huhhu..Tahniah bro....jom kito memeriahkan lagi dunio blog ini.....

    ReplyDelete
  2. Aku hanya pasang bunga api je kasi terang sikit dunia yang sedia meriah ini. Thanks bro, for everything.

    ReplyDelete