Thursday, July 12, 2012

Muhamad Ali dan "Rope-A-Dope"



Hari ni aku terasa seperti satu beban berat segunung jatuh dari atas bahu belikat ku. Rakan seperjuanganku dalam dunia marketing menyampaikan berita gembira kepada ku.

"You're hired, bro" macam tak percaya aku rasa. Sekian lama aku tak mempunyai kerja tetap tetapi berkat pertolongan rakan ku itu akhirnya dapatlah aku merasa pendapatan tetap. Walaupun aku berjiwa bisnes, tetapi aku terpaksa menerimanya, bukan aku tak suka tapi aku menerimanya sebagai penyelamat diri dan keluarga ku.

Selama 12 tahun aku berdayung di dalam gelora ganas lautan perniagaan, aku tertewas tetapi bahtera ku belum karam lagi. Aku seorang satria yang bertarung dengan sebilah parang yang kontot tetapi aku tahu, dengan teknik dan kesabaran yang tebal aku mampu menumbangkan musuh yang berlengankan pedang Arab.

Bagi aku bukan berapa kali pukulan yang dapat kita lepaskan dalam pertarungan tetapi berapa banyak hentaman, tumbukan, tendangan dan karate yang dapat kita serap sebelum kita menujahkan pukulan maut kepada musuh.

Sesiapa yang seangkatan dan senior dari aku pasti pernah tengok bagaimana Muhamad Ali (The Stinging Butterfly) menewaskan George Foreman (GF), penyandang juara ketika itu untuk menang gelaran kali ke3 sebagai Peninju Heavyweight Dunia dulu. Beliau telah mengambil tumbukan yang bertalu-talu dari GF dan menggunakan tali sebagai   pemantul untuk terus berlawan. Itu adalah taktik beliau yang paling ampuh untuk melawan GF, kerana beliau sedar GF adalah seorang peninju yang lebih besar dan mempunyai capaian tumbukan lebih panjang daripada beliau.

Perlawanan tersebut yang di kenali sebagai "The Rumble In The Jungle" itu telah berlangsung pada 30 haribulan Oktober 1974, di the Mai 20 Stadium, Kinshasa, Zaire (sekarang Democratic Republic of the Congo). GF yang lebih muda dan bertenaga merima tumbukan  Ali dengan selamba je di pusingan pertama. Pada pusingan ke dua Ali melancarkan taktik  'rope-a-dope' beliau dengan menggunakan tali sebagai sokongan dan menerima tumbukan-tumbukan ganas dari GF.

Tetapi Ali yang telah season itu menerima tumbukan-tumbukan itu dengan penuh kesabaran untuk menunggu saat yang beliau pasti akan bertindak. Taktik tersebut beserta gaya 'Butterfly" Ali menyebabkan GF kepenatan, dan akhirnya Ali dengan kombinasi 5 tumbukan berjaya menjatuhkan GF yang lebih ganeh tu.

GF cuba bangun tetapi tak sompek.....seperti kata Den Comando. GF kalah dengan K.O.


Serupa juga macam aku ni, aku dah banyak menerima pukulan-pukulan brutal dunia ini, tetapi sahabat-sahabat aku memberi pantulan (macam tali ring tu) untuk aku terus berada di dalam gelanggang. Hanya aku menunggu saat yang paling ampuh untuk aku menyerang kembali dengan geruh yang ganas.

Tetapi buat masa ni, aku terpaksa menyerap pukulan-pukulan itu. Kalau aku gugur, aku puashati sebab dah cuba sedaya upaya, Insyaallah aku yakin aku akan menang pertarungan ini.

Buat sesiapa yang keadaan mereka sewaktu dengan aku, aku ucapkan SELAMAT BERJAYA dan pastikan Tali Gelanggang kita kuat untuk memantulkan kita kembali ke dalam pertarungan.

KAWAN KETAWA RAMAI TETAPI KAWAN MENANGIS SUKAR DI CARI.


satria parang kontot


2 comments:

  1. Bro Congratulation for the new job. Make it rite this time. use its as ur platform to go even further.. life's sucks! but don't let's gets sucks...lets move on... slowly,n steady ..but surely one of this days we will be on top of the world again. InsyAllah....we need to support each other..even the support comes from behind haahahahhaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure bro, just when supporting from BEHIND, don't get an e...ction sudah lah.. Ha..ha..ha

      Delete