Sunday, March 08, 2015

Dokumentari Tokoh Islam Kedah


Assalamualaikum w.b.t.

Sekian lama aku rasa tak mahu menulis, tapi sekarang aku terpaksa lakukan sebab nak memenuhi kehendak fardu kifayah....

Bertempat di Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah pada 22hb Mac ini, Insya Allah satu majlis pra-pelancaran projek "Dokumentari Tokoh Islam" akan di adakan pada jam 9 pagi. Acara ini akan di rasmikan oleh MB Kedah.

Dokumentari ini adalah satu karya asal pelakon terkenal Nasir Bilan Khan a.k.a. Nasir Bilal Khan a.k.a. Tok Hadi. Dokumentari ini akan di haasilkan sebanyak 13 episod yang akan menceritakan tentang permulaan kedatangan Islam yang awal ke Tanah Melayu ini menerusi negeri Kedah dan juga membincangkan tentang 13 tokoh-tokoh Islam Kedah.

Aku harap usaha ini akan berjaya dan aku mendoakan agar perjalanan di dalam mengusahakan dokumentari ini akan berjalan lancar tanpa gangguan. Walaubagaimanapun, di dalam segi dana untuk meneruskan usaha ini, mereka memerlukan bantuan sumbangan daripada pihak-pihak individu maupun korporat untuk melancarkan pembikinan dokumentari ini.

Jadi sesapa yang sudi nak menyumbang sila lah hubungi saya melalui facebook masenger nak tau macamana nak buat pahala. OK.......

Wassalam.




No comments:

Post a Comment