Saturday, July 28, 2012

Aduhai! Pompuan China.....

Sebelum aku sambung kisah paranormal aku.......


2 minggu lepas, aku balik saja dari kerja, aku terus ke Taman Melawati untuk berjumpa dengan sahabat aku Den Cdo, nak bincang2 pasal bisnes. Setiba aku di sana, aku dapati  Den Cdo kita sedang berbual2 dengan 3 orang kenalan dia.

Rupa2nya 2 daripada mereka adalah ex komando dan sorang lagi adalah sahabat baik dia dari UK Perdana.
Selepas mengenalkan diri masing2 bagai layaknya sorang bisnesman, aku duduk dan terus pesan makanan. Nasi goreng Hainan stlye.

Dalam perbualan, aku di fahamkan bahawa salah sorang kawan ex komando itu, banyak merantau menjalankan bisnes dari negara China, rantau Arab dan Afrika. Macam2 bisnes di lakukan hingga aku rasa paspot dia agaknya penuh kena cop imigresen.

Kitorang berbual2 hinggalah satu topik yang aku kira amat patut di kongsi, iaitu isu tentang pompuan di negara China. Untuk pengetahuan semua, kawan kita ni (yang bisnesman ni) sudah lama tinggal di negara China lebih kurang 8 tahun. Selalu berulang alik dari China ke sini.

Dari apa yang di citernya, aku pasti dia memang sudah berjaya sebagai sorang bisnesman. Perniagaannya ada macam-macam, impot ekspot apa-apa yang boleh buat duit. Aku rasa kagum dengan kegigihan dia sebab, dari sorang komando (yang aku sebelum ni pikir gila-gila hinggalah aku berjumpa kembali dengan Den CDO selepas dia pencen) hingga menjadi sorang bisnesman yang sukses.

Aku bertanya pada dia, macamana dia boleh sukses begini, dia berkata, "Di sebalik kejayaan orang lelaki, ada pompuan di belakangnya-ni kata-kata orang tua-tua di China," sambil dia menghembus asap rokok Gudang Garam Surianya macam orang yang berpuas hati (dalam hati aku bertanya, ada jual Gudang Garam kat China ke?)

Dia meneruskan citer yang amat menarik perhatian kitorang ni. Semua keempat-empat kitorang menumpukan segala deria pendengaran,penglihatan malahan rasa kepada citer dia ni. Terasa suasana senyap menyelubungi restoran tempat kami makan tu walaupun orang memang sedia ramai dan hiruk pikuk mereka berbual. Tapi tumpuan kami pada kawan kita ni sorang jer. Almaklumlah citer pasal pompuan.

"Saya ada isteri di China," sambung dia sambil menghirup teh 'o' yang baru sampai. Wah! Ini tambah menarik, sebab daripada yang aku tahu daripada Den CDO, dia ada anak bini kat Malaysia ni.

"Isteri saya bekas model kat sana," katanya sambil tersenyum macam perli kat kitorang. Aku pun terbayang-bayang, model mestilah cantik. Aku nak tahu macam mana dia boleh 'tackle' pompuan macam ni, tapi dia terus bercerita tak sempat aku nak tanya.


"Pompuan kat China, memang cantik-cantik terutamanya kat bahagian Timur Barat China. Ramai orang Islam kat sana, malahan lebih ramai dari penduduk Malaysia, ada lebih dari 70 juta orang Islam kat bahagian tu jer," dia berkata sungguh-sungguh. Memang betul pun apa yang dia kata. Aku pernah melawat China pada tahun 1999 selama 2 minggu. Aku duduk kat kawasan Lhangzou di rumah Imam besar kawasan tu. Anak dia jer, mak oi.....memang cantik...kulit putih, bercakap lemah lembut.......malah bila dia nak terbatuk, tangan dia di letak pada dadanya sambil muka berpaling ke sebelah dan batuk pun keluar dari mulut dia pelan-pelan. Masa tu aku macam terasa ni lah pilihan isteri aku.....hinggalah aku tersedar yang aku dah pun berkawin (potong stim betul!)

Kembali pada criter kawan kita ni, "Saya dulu niat pegi China nak cari peluang-peluang bisnes, tapi tak sengaja pulak terkawin (boleh pulak tak sengaja), mana boleh tahan tengok pompuan kat sana, dah lah putih-putih, sopan santun pulak tu," sambungnya. Aku pun ngangguk tanda setuju.

"Keluarga isteri saya memang 'strict' dalam bab hal-hal famili ni. Datuk mertua (datuk isteri dia) saya ada berkata pada saya selepas kitorang bernikah,"Pukullah anak saya kalau dia tak dengar cakap, kalau dia derhaka bunuhlah dia," macam tu sekali dia pesan kat saya'" dia mengkisahkannya.

Menurut dia, isterinya dulu bukan Islam, tetapi semenjak peluk Islam, dia memang menjaga tatasusila sebagai seorang isteri, tutup aurat dan belajar sungguh-sungguh untuk jadi Islam sejati. Malahan bukan isteri saja macam tu tapi ramai yang memang begitu sebab didikan keluarga kat China, memang mementingkan isteri patuh kat suami!

"Saya ni tak suka makan daging, pernah saya cakap kat isteri saya sekali selepas bernikah, tahu apa yang dia buat?" tanya dia pada kitorang. Tak sempat nak jawab, dia sambung, "Pernah dia berjalan kaki 5 batu pergi pasar halal cari ayam untuk saya tanpa saya suruh sebab nak buat sup, saya pun terperanjat sebab mana pernah kena layan macam ni sebelum ni," kata dia seronok.

"Pompuan kat sana, kalau laki dia balik pukul 3,4 pagi pun, mesti diorang bangun, tolong bukak kasut, stokin dan baju laki diorang. Lepas tu buatkan air untuk minum. Diorang masuk tido pun tunggu laki masuk sekali," celoteh dia. Pada masa tu aku perasan sahabat aku Den CDo, mulut setengah terbukak, mata tak kelip-kelip tumpu pada penceramah lita pada malam tu hanya air liur je tak meleleh (mungkin Den CDO terlampau menghayati criter dia ni, atau kekenyangan makan 'chicken wings' tadi, sampai lupa tutup mulut.....jangan mare ye).

Sambungnya,"Dulu isteri saya kat sini memang tak pernah tahu saya ada bukak cawangan lain kat China. Yang pecah rahsia, isteri kat China tu le."

" Aik, apa pasal dia buat cam tu," aku soal dengan penuh kehairanan.

Jawab geng kita ni,"Dia cakap dia tak nak rasa bersalah seumur hidup dia."

"Dia cakap kat isteri saya kat sini, yang dia mintak maaf sebab ambil laki orang dan dia tak nak laki dia berbohong dan berpura-berpura bila balik ke Malaysia, isteri saya dengar dan menangis terharu lalu maafkan dia,"

"Bila saya pulang ke sini, saya pun buat macam biasa jer....buat-buat macam tak da apa-apa yang nak di bagitahu kat dia. Tapi isteri saya cakap....bang, udah le belakon tu, saya dah tahu suma tu. Abang ada bini lain kat China, xxxxx telefon saya malam tadi bagitau sumanya, Aduh! Kantoi, saya baru nak berlakon macam P. Ramle dalam criter Madu Tiga," tambahnya tergelak sambil pegang dahi dia yang berpeluh sebab mungkin teh "o" tu panas sangat kot.


Kitorang pun tergelak sama, boleh bayangkan keadaan dia macam tikus kena perangkap maut tu.

Sambungnya lagi, "saya ingatkan isteri saya tu nak marah kat saya rupanya dia menangis bila dia ceritakan tentang perbualan telefon dia dengan isteri kedua saya tadi."

"Tu isteri saya, ramai lagi yang lebih baik daripada dia kat sana," terangnya lagi. Kitorang pun terangguk-angguk macam patung angguk-angguk yang orang letakkan kat dashboard kereta.

Di sambung lagi, dia ceritakan tentang sahabat dia yang berumur 56 tahun, baru setahun pencen dan menduda pergi ke China dan di sambut oleh kawan kita ini. Dalam perjalanan ke hotel, kawan kita ni pun berkata kepada sahabat pencennya itu, "Bang, selama abang kat sini, abang jangan berkahwin selama setahun boleh tak?" Jawab sahabat pencennya itu, "Ish, kau ni, aku dah tua, pencen pulak tu takkan aku nak buat perkara tak senonoh tu,"

"Tup-tup tak sampai dua minggu dia nak berkahwin, tak boleh tahan cakap dia, pompuan kat sini tak boleh dapat kat Malaysia, dia bagitau saya," kawan kita tu berkata lalu ketawa.

Kitorang yang dengar pengkisahan dia ni, terasa tercabar kerana kitorang nak buktikan bahawa kitorang boleh tahan godaan macam tu, walaupun jauh di sudut hati aku, aku tahu aku tak mungkin boleh tahan setahun, sebulan pun aku tak yakin.

"Kalau rasa-rasa boleh tahan cabaran, datanglah ke tempat saya," kata dia sambil hulurkan tangan untuk di sambut tanda termeterai cabaran. Sorang pun tak sahut cabaran dia sebab mungkin sebab kami percaya apa yang dia ceritakan itu.

Ada dalam 6 orang sahabat dan kenalan kawan kita tu berjaya di kahwinkan di China. Ada juga yang tak mahu balik ke Malaysia sebab sukakan keadaan di sana, menurut dia.

Jadi selesai certa dia, kitorang pun berborak lebih lanjut lagi tentang bisnes apa yang boleh di buat kat China. China ada 1.2 Billion penduduk, bayangkan kalau kita dapat 'capture' 0.1% pasaran kat sana...boleh jadi jutawan woa. Tokey Tongkat Ali dan Kacip Fatimah pun tak tahu produk dia dah ada di pasaran China. 1 peket di jual dalam 35 Remimbi menurut kawan kita- tu dah lebihkurang17 hinggit duit Malaysia! (Maka terjawab soalan aku tadi tentang Gudang Garam).

Bercakap tentang pompuan China tadi, aku teringat kata-kata sorang Mat Salleh kat aku masa aku kat Australia pada tahun 1990. "We like Asian women especially Malaysian women, because they are soft and good in taking care of their hubbies. You know, why we do not prefer Australian women? They got balls!" Ungkapan kata-kata mat salleh itu yang masih terngiang-ngiang kat telinga aku.

Maksudnya, bagi yang tak faham cakap omputih, pompuan Australia kasar tingkahlaku diorang macam lelaki, sebab tu mat salleh tadi cakap diorang suka kat pompuan Malaysia, kononnya lebih sopan dan lemah lembut. Tapi sepanjang hayat aku, aku masih tak jumpa pompuan macam impian mat salleh tu kat Malaysia ni.

Isteri aku? Ish, dia memang baik, orang pompuan Melayu Malaysia zaman moden......bukan aku tak bersyukur tapi tu hakikatnya, pompuan Melayu zaman kita ni dah terlampau terdedah dengan unsur-unsur emansipasi wanita. Lagi banyak diorang belajar lagi banyak hujah diorang nak debat ngan kita, tak caya tengok rancangan 'Semanis Kurma' kat TV9 tiap-tiap malam Jumaat. (jangan marah ye, Yang)


Aku tak tahu macam mana perasaan Den CDo dan rakan-rakan ex commando dia tu, tapi bagi aku , aku memang percaya kata-kata kawan kita itu tadi sebab aku dah saksikan dengan mata kepala aku ni tentang layanan pompuan China kat suami diorang. Memang klasik macam cerita-cerita dongeng dulu-dulu pasal pompuan-pompuan pilihan putera raja. Alangkah bagusnya kalau pompuan Melayu sekarang macam tu. Kurang masalah penceraian dan kekusutan keluarga sebab suami itu Raja di rumah.

Dalam benak hati aku, terfikir aku nak ke China lagi tetapi untuk buat bisnes, mana lah tahu boleh menyelam sambil minum air........



satria parang kontot
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasanya tak terlewat aku nak ucapkan pada suma muslimin dan muslimat ......


"SELAMAT BERBADAH DENGAN KUSYUK DAN TAWADHUK DI BULAN RAMADHAN INI DAN SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA, MOGA2 ALLAH MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA UNTUK MELALUI BULAN INI DENGAN TENANG DAN AMAN, AMIN YA RABBAL 'ALAMIN."

Sambungan kisah paranormal selepas ini.

satria parang kontot

12 comments:

  1. Bro...dalam banyakx isu yg kito bincangkan mlm tu...part ini yg jadi pilihan . Ado yang tido kek luar pagar mlm nei kan huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Bro....ATAN ke tu....hehehe...

      Delete
  2. Isu ni boleh di katakan isu paling perdana, kalau criter 2, 3 kali pun memang syok dengar. Pasal tido kek luar pagar tu kena lah rujuk bab "Baik....sayang! untuk tips2 yg berguna.

    ReplyDelete
  3. jom tiup wisel... preeeeeeetttt...!!! Rarang Runcing satuuuuu....!!!!! hahahhaa.... mau kena order jOy eXtra LarGe ni!!!

    ReplyDelete
  4. Sudah pasti bro.....kurang kurang 3 botol.

    ReplyDelete
  5. best sangat,tapi perempuan china tu nak buat isteri kesua ker?

    ReplyDelete
  6. sambil biznes sambil buka cawangan ehhh....ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cawangan kadang-kadang boleh jadi ibupejabat (hq).....

      Delete
  7. Nanti bercuti kat China boleh singgah sini. Kot-kot melekat sorang. Hehe..

    ReplyDelete