Sunday, July 15, 2012

Who'd do you want to call? Ghost Buster!



Aku seronok tengok rancangan 'Tanyalah Uztaz" kat TV9 pagi ni. Tajuknya 'Khurafat Dalam Rawatan Penyakit'. Teringat aku kepada pengalaman aku semasa muda-muda dulu bergiat dalam aktiviti 'Ghost Buster'.

Semuanya secara accident bagaimana aku boleh terlibat dalam aktiviti paranormal ni. Bermula pada masa kakak aku sakit di 'buat' orang. Tok Moh yang merawat dia tu memang aku kenal lama sebagai kawan tetapi aku tak penah pulak berminat nak jadi anak murid dia sebelum itu hinggalah pada hari kakak aku sakit.

Kawan Moh aku ini, hanya tua daripada aku 2 tahun jer, tu yang buat kami boleh 'clique' gitu. Rawatan yang dia buat pun banyak menarik minat aku nak belajar sikit2 pasal berubat orang ni, bukan aku nak jadi Tok Moh tapi sekadar nak tahu.

Tak nak pulak aku nak cerita apa yang aku belajar dari dia tapi nak kongsi pengalaman dunia paranormal ini dengan sesiapa nak baca blog ni. Kejadian ni tak salah aku berlaku dalam tahun 1994 di Kedah.

Ketika itu aku sedang bercuti sebulan sebab kena 'paksa cuti' kerana cuti terkumpul aku terlampau banyak, Majikan aku tu agaknya kedekut sangat nak beli cuti aku tu. Oleh sebab cuti panjang sebulan, aku pun turut kawan Moh aku tu untuk expedisi ke Utara dia tu.

Pekan Baling yang aku hanya kenal kat TV ngan suratkabar tu akhirnya berjaya jugak aku sampai. Kami tiba kat sana dalam waktu tengahari. Kedatangan kitaorang di sambut oleh dua orang adik beradik awek cun bernama Laila (kakak) dan Aishah. Selepas makan tengahari dan belanjer awek tu makan, kitaorang pun bergerak ke rumah dia di sebuah kampung kat kaki Gunung Baling.

Sesampai je kat sana, kitaorang pun di ajak terus masuk rumah. Rumah yang nampak dibina era 1800an tu dengan rekabina yang memang menakjubkan aku tu membuatkan aku terasa selesa untuk berehat sebentar (bukan sebab awek tu tau, penat sangat le). Maka kitaorang berdua pun tertidur hinggalah waktu Asar kitaorang di kejut untuk solat dan minum petang.

Kitorang pun pegi ke sungai di dahului oleh Laila sebagai penunjuk jalan. Rupa-rupanya rumah dia takde api ngan air lagi waktu tu. Lepas mandi dan solat, kawan Moh aku terus menyuruh aku pegi ambik peralatan 'Ghost Buster' dia yang dia bawak dan beli di Pekan Baling tadi.

Waktu tu dah dekat waktu Maghrib. Aku pun pegi ambik barang2 tu kat belakang kete Iswara aku tu. Dalam perjalanan balik ke rumah tu (kete tu kena parking kira2 150 meter dari rumah tu sebab takde jalan kete ke sana), aku perasan kat ekor mata aku satu lembaga putih tengah ikut aku di belah kanan.

Mana aku pegi dia ikut. Aku tak berani nak bertentang mata dengan makhluk tu sebab aku rasa dia takde mata. Aku pun apa lagi berjalan secara pantas sebab tak nak terkejutkan makhluk tu. Setiba aku kat tangga rumah tu, kawan Moh aku cakap kuat2 kat aku dari atas, ' Yang kau bawak kawan kau tu kat sini buat apa? Terpinga-pinga aku di buat nye.Adake patut makhluk buruk tu dia cakap kawan aku?

Tiba kat atas, aku pun bagi le barang2 yang aku bawak tadi di perhati oleh orang2 dalam rumah tu. Walaupun aku rasa agak takut tapi aku buat2 berani macam takde apa2 yang berlaku sebab Laila ngan Aishah ada kat situ. Diorang tanya aku apa yang kawan Moh aku maksudkan sebentar tadi, aku kata tak ada apa2. Bukan apa, takut diorang pulak yang naik seram.

Pesakit yang nak kena rawat tu rupa2nya mak Laila ngan Aishah. "Nampak macam ok jer," bisik aku kat kawan Moh aku tu yang tengah siap2kan peralatan memburu hantu dia.

"Kau tak perasan mata dia ke? Tu mata ada benda lain dalam badan dia," jawab kawan Moh aku.

Aku ngangguk jer bila dengar dia cakap macam tu. Dalam diam2, rupanya dah penuh dengan orang ruang kat tamu tempat kami nak buat rawatan tu. Aku cuba curi2 tengok kat Laila, dalam hati, aku memang rasa 'syok' tengok dia. Tapi dia buat tak tau jer kat aku.

"Hoi! Pegang menatang ni lah," kawan Moh aku sergah aku. Agaknya dia dah panggil banyak kali aku tak dengar tu yang dia mengHoikan aku. Dia hulur kat aku botol kosong kaca yang kitorang beli kat pekan Baling tadi.

"Nak buat apa ngan botol ni?",aku tanya.

"Kau pegang dulu, nanti bila aku suruh kau letak kat kaki makcik ni, kau bubuh mulut botol tu kat ibu jari kaki makcik ni,' dia briefing aku. Aku angguk tanda paham.

Upacara pun bermula lepas solat Maghrib, kawan Moh aku mula baca ayat2 Quran yang aku rasa2 pernah dengar tapi tak hafal. Dia menyuruh aku pegang kaki mak Laila kuat2. Aku pun pegang di bantu 2 orang kampung yang hadir.

"Ni mana datang gemuk-gemuk macam babi ni, pegang-pegang aku pulak", tiba2 makcik tu bersuara lembut jer dalam loghat orang Baling. Aku terasa malu bila ada dari yang hadir tergelak2 kecik. Bolehke aku yang 'comel' ni di sama kan  dengan haiwan tak suci tu?

Tiba-tiba mak Laila menjerit2 dalam bahasa yang aku tak paham. Dia meronta-ronta kuat dan kitorang pun terpaksa bermati-matian memegang Mak Laila. Aku dapat rasa kekuatan mak Laila bertambah dan aku hampir2 kena terajang kalau tak pakcik kat tepi aku menahan kaki mak Laila dari singgah kat muka aku.

"Pus semangat, kalau kena tadi memang hidung aku masuk dalam muka aku," aku kata pada kawan Moh aku.

"Aku dah cakap, pegang kuat-kuat, kau tak buat," dia salahkan aku pulak.

"Bagi aku balik benda tu, bagi aku balik benda tu," tiba2 Mak Laila jerit kuat -kuat. Terperanjat beruk aku di buatnya. Aku pegang lagi kuat kaki Mak Laila, takut2 dia cuba flying kick aku sekali lagi.

"Benda apa yang kau nak?", tanya kawan aku ala komander parade tentera. "Bagitau aku, aku boleh dapatkan", sambung dia.

"Aku nak barang aku balik, perempuan sial ni ambik kat rumah aku , bagi aku balik kalau tak aku makan dia sampai habis", balas makhluk dalam badan Mak Laila.

Kawan Moh aku baca sesuatu dan meneguk sikit air mineral dalam botol sebelah dia, lalu dia menyemburkan air itu ke arah mak Laila. Kebetulan bila dia pusingkan muka dalam penyemburan 'holy water' tu sebahagian besar air semburan tu terkena kat muka aku yang sekian maklum hensem tu.

Peh! Kurang asam betullah Moh ni, namun aku buat2 tak tunjuk reaksi sebab nanti orang kampung tu kata kitorang tak buat rehersal sebelum nak datang sini. Rupa-rupanya kawan Moh aku tu tersedak bukan nak sembur kat mak Laila....

Bersambung.......


satria parang kontot