Friday, July 13, 2012

Bank....rapp!



Malam yang dini ni aku cuba untuk nak tido tapi hampeh. Aku bangun apalagi pasang laptop dan cuba nak teruskan keje buat profile company untuk sahabat. Pergh!! Takde idea pulak....

Aku pegi ke dapur ambik roti sapu dengan peanut butter buat 2 keping sebab perut lapar sangat. Makan dan bukak FB. Cuba cari berita terkini untuk buat idea tulis blog. Hampeh! Otak tak dapat berfungsi dengan baik malam ni.

Kemudian aku terlihat satu berita menarik (aku rasa) tentang ramainya rakyat Malaysia berhutang melebihi kemampuan untuk membayar kembali hutang. (tah kenapa aku terasa macam penulis tu cakap pasal aku).

Tak dapat kita nafikan fenomena ini memang menjadi-jadi terutamanya kepada golongan berpendapatan sederhana (gaji lebikurang dlam RM2000 ke RM5000). Kad kredit, hutang kete, hutang rumah, hutang mak Timah dan macam-macam hutang. Pinggang dah penuh dengan lilitan hutang kena lilit kat peha pulak. Sampai ramai yang bankrap!

Tapi aku tak salahkan diorang. Sebab diorang memang golongan yang berani menghadapi risiko. Tak caye, diorang ni golongan berumur dari 20 ke 30 tahun. Masih muda dan kuat, apa yang datang di tentang. Membujur lalu, melintang patah.....memang diorang ni golongan yang tak takut mati. 'Young men don't die, they disappear', paham tak? Aku pun rasa macam paham cakap orang puteh nie.

Lebihkurang 3, 4 tahun lepas aku buat satu servis, iaitu servis mengurangkan hutang kad kredit orang. Bayang le bank caj kita 18 hingga 24% setahun. Maksudnya tiap bulan maksimum kita kena taji riba ni sebanyak 2%.

Lepas tu diorang (bank) bagitau kita "tak payah bayar penuh bang...bayar 10 persen je dah cukup sebulan."
Hemm, kita pun pikir "10 persen baguih jugak ye, dapat jimat 90 persen" (ini kira-kira mudah nak paham).

Aku tak brapa pandai kira-kira ni, tapi kalau hitung 12 bulan kita dapat bayar 120 persen, habis hutang aku dalam setahun. Lepas tu aku buat hutang lain pulak.

Rupa-rupanya, 10% tu macam bayar bunge je....pokok tak luak. Lewat bayar diorang caj, bayar 10% diorang caj, tak bayar diorang caj. Yang terulung sekali, kalau kita nak bayar habis pun diorang caj. Penalti diorang kata. Apa? Ingat ni bolasepak ke?

Dalam masa aku tawar servis tu, ramai juga dapat aku bantu kurangkan bayaran bulan dan dalam tempoh tertentu dapatlah diorang langsaikan hutang kad kredit tu, selalunya tak lebih dari 3 tahun. Ramai juga tak dapat aku bantu sebab hutang diorang dah lebih dari had kredit diorang. Kesian...

Masa tu hot servis ni, sampai ada pegawai bank yang berenti keje buat bende ni. Tapi tak lama aku dalam industri tolong orang ni sebab bank sesak napas tak dapat caj macam2 kat orang2 ni. Diorang pun buat macam2 tawaran nampak macam program aku tawar ni tetapi semuanya menipu dengan kata2 manis.

Diorang olah tawaran seolah2 orang pakai kad kredit dapat bayar semua dalam setahun dan dapat bermacam2 hadiah. Tapi bila pemegang kad setuju je dan sign kontrek, baru diorang sedar diorang tak akan mampu bayaran bulanan yang teramat tinggi beserta caj2 tak masuk akal.

Mana bank dapat idea best ni? Diorang kata no hidden charges, betul le tiada caj tersenbunyi sebab semua diorang bagitau dalam statement. No Hidden charge ke, hidden camera ke, tetap kena caj.

Bank ni kan ALONG berlesen. Diorang pun aku tak salahkan. Jadi siapa yang salah? Bagi aku, yang salah ialah orang yang bagi lesen kat bank tu, orang yang bagi idea buat kad kredit dan yang paling bersalah ialah TOKEY bank sebab makan duit riba.

OOoo...agaknya ada yang tertanya macamana servis aku buat tu..., senang je. Bawak pemegang kad ke kedai yang ada mesin swipe kad kredit. Suruh diorang swipe (lepas buat kira2 ada tak lebihan untuk tokey tu dan aku), caj macam beli barang dengan bayaran bulanan tanpa faedah dari 12 bulan ke 36 bulan.

Barang tak dapat la. Hutang kad kredit bertambah sikit sebab nak bayar aku dengan tokey tetapi bayaran bulanan diorang jadi lebih rendah, (ada yang lebih rendah sebanyak 70% daripada bayaran 10% bayaran minima tu) tetap dan bersih dari riba, itupun kalau diorang bayar macam yang di tetapkan tu.

Puashati aku dapat buat duit dan bantu orang lain. Pelanggan aku kebanyakannya dah jadi kawan kepada ku sebab diorang rasa berterimakasih sebab aku dapat bantu diorang.

Jadi selepas bank sabotaj projek kitaorang ni, aku kembali menganggurle.


Maka, nasihat aku kepada semua jangan gunapakai kat hutang tu, guna kad debit sebab itu duit kita. Tak cukup kita tak payah belanjer, ada lebih kita simpan kan  bagus gitu (macam aku buat pulak).

So, aku pikir ada baiknya kursus macamana nak urus duit kita dengan lebh cekap di wajibkan kat budak2 universiti dan sekolah menengah supaya tak lah diorang jadi macam kita. Biar diorang jadi pandai urus duit diorang dan kalau boleh tak payah berhutang langsung.

Untuk yang dah terlanjur bankrap, jangan runsing, bayar je kat Jabatan Insolvensi yang korang mampu bayar, contoh RM50 sebulan. Kalau bayar tak culas, silap2, 3 tahun diorang discaj korang dari bankrap.

Tapi, bankrap pun ada juga kelebihannya. Kita jadi 'untouchable' oleh mana2 pemiutang dan paling best kita ada  Akaun 'manager' kita sendiri kat Jabatan Insolvensi.

Dan yang paling syoknya........kita tak di benarkan pergi Luar Negara tanpa kebenaran ......macamana nak pegi oversea, memang dah tak mampu.

So, berhati-hati gunakan kad kredit tu sebab ianya memang 'berhantu'.



satria parang kontot

6 comments:

  1. Bro Den minat dengan gayo penulisan kau...serta isu-isu yan gdituliskan..you can go far Vro keep it up....Iwill support you from behind huhuhuhu....Only with one notes, bilo nak komen susah sikit siap ado pass word dan sebagainyo...permudahkan supayo soyang org nak respond....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry bro, aku tak perasan pulak....nanti aku repair. tq

      Delete
  2. Masing-masing ada pengalaman tentang Wang Plastik (Kad Kredit). Boleh juga ditakrifkan ianya sebagai "ALONG BERLESEN" juga. Oleh kerana saya pernah terkena semasa dalam service dulu, maka saya tobat takkan ambik satu pun kad kredit selepas kejadian itu. Bila agen-agen itu menghampiri saya saja saya sudah standby jawapan yang akan diberi iaitu ...."Sorry I'not qualified to have a credit card". Agen pun tak cakap banyak lagi terus beredar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bank-bank ada kumpulan 'think tank' yang sentiasa akan cari jalan untuk permudahkan orang ramai ambik kad. Tapi terima kasih kepada BNM sebab keluar polisi ketatkan peluang orang-orang macam aku dapat kad. Tapi masih tak dapat bendung penggunaan berleluasa kad ni sebab ramai tak tahu apa yang diorang buat dengan kad diorang. Cuba jangan mula berhutang sebab hutang ni macam berbohong. Mula bohong kena terus bohong sebab nak cover bohong yang pertama tu.

      Delete
    2. Den memang tak ponah pakai bondo tu...tapi org ghumah den ponah pakai , cumo bertahan duo tahun ajo, lopeh tu den suruh musnahkan ajo....sojak dulu Den belanjo samoado pakai cash atau debit kat ajo...

      Delete
    3. Way to go bro. Kad hutang ni macam dadah jugak. Lagi kita swipe lagi seronok. Tahu-tahu kita dah ketagih. Ya la, belanjer RM1000 bayar RM 100 jer. Kalau nasib baik kita dapat bayar habis, kalau tak, berkawan lah kita dengan puak2 peguam ngan agen2 bank.

      Delete