Saturday, May 17, 2014

Siapa tak sayang Bini ooooi

Aku terasa sunyi, hati ku terasa seperti layang- layang terputus talinya.

Ini bukan kali pertama aku berjauhan dengan isteri ku, Tapi ini adalah pertama kali isteri ku yang akan pergi bertugas di negeri bawah bayu.

Memang lumrah di dalam alam perkahwinan, berselisih angin akan terjadi dan kadang-kadang terdetik di dalam hati agar dapat berjauhan untuk menenangkan keadaan. Tapi rasanya bukan begini yang di harapkan.

Perpisahan ini agak lama iaitu hampir sebulan. Aku dapat rasakan aku akan merinduinya setiap hari.

Entah apa yang dia fikir dan rasakan. Aku nampak dia gembira menerima tugasan tersebut. Di fikirkan aku rasa menyesal mengizinkan dia pergi dan aku memberi pula galakan kepada dia untuk menerima tawaran dari majikannya itu.

Semasa isteri ku meminta izin dari ku, aku berkata, " pergilah Yang, bila lagi Sayang nak merasa pergi ke tempat  orang kemudian di bayar pulak tu."

Aku cuba memberi isteri ku sokongan moral dan aku yakin dia akan melaksanakan tugasannya dengan balik.

Anak-anak ku walaupun tak menunjukkan kerisauan maupun menampakkan kerinduan pada waktu ini, aku pasti masuk hari ke tiga, mereka akan bertanya mengenai ibu mereka.

Pada diri aku, walaupun sudah biasa menjalankan tugas harian rumah, tapi aku tahu ianya akan meletih dan memenatkan aku. Lebih-lebih lagi kerja yang aku lakukan sekarang ini memerlukan diri aku bekerja tidak tentu masa. Malahan aku Juga perlu menjaga dan merawat ayah ku yang sudah tua.

Aku tahu aku akan merindui wajah dan suaranya, gurauan dan kemarahannya. Paling yang aku tahu aku akan merindui sentuhan dan pelukannya. Siapa tak sayang bini oooi.

Walaubagaimana pun, aku bersyukur isteri ku telah di beri pengiktirafan oleh majikannya melalui tugasan sementaranya ini. Aku gembira melihat dia gembira.

Keberangkatan pergi  isteri ku bertepatan pada hari lahirnya. Ini membuat aku lebih rasa sayu dan layu.

Lusa pagi jam enam, kenderaan syarikat akan mengambil isteri ku untuk ke lapangan terbang. Aku menghitung jam sebelum dia berangkat.

"Masih ada 27 jam lagi sebelum dia pergi" kata hati ku."

APA boleh aku lakukan sekarang?

SELAMAT MALAM SEMUA. Aku terasa mengantuk pulak. He he he.....



Dah malam gelap ler.......

No comments:

Post a Comment