Friday, December 07, 2012

Melayu yang Layu

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama sangat rasanya aku berdiam diri tanpa meng'update' blog aku ni. Bukan apa, hanya kepala tak dapat adjust lepas kena kerja tapi tak di bayar gaji selama 3 bulan....teramat lah sengkeknya aku rasa. Nak beli rokok pun kena mintak duit kat isteri, kena ikat perut supaya belanjer sekolah anak-anak dapat  aku beri. Nasib baik jugak lah isteri aku ada jugak dapat komisyen2 sikit2. Kalau tak....

Bukan sekali ni jer, ini dah kali ketiga aku bekerja free jer. Cukup ler. "Cukup,cukup, cukup sudah, kali ke tiga saja.." Kalau ikutkan hati nak bakau jer opis dia macam dalam berita dua hari lepas, 'pekerja kilang bakar kilang sebab tak menerima gaji'.Tapi aku tak seberani mamat tu....

Ada kawan aku cakap, "lebih baik kau kerja ngan Welfare Department, dapat jugak pahala." Kalau di pikirkan, betul jugak cakap dia...tapi orang2 yang kerje ngan JKM tu, semuanya dapat gaji bulan-bulan!

Ada juga yang kata...."dah kerje dengan Melayu, macam tu ler," Aik! Yang bercakap tu pun orang Melayu!

Bagi aku, macamana nampak baik pun orang tu - tak kira Melayu ke, Cina ke, India ke, hatta Mat Salleh mata biru pun.....kalau nak tipu, tipu jugak. Tak kira ler walaupun dah sain hitam putih sekalipun! Manusia tetap manusia...Ada yang tak berniat nak tipu tapi di sebabkan keadaan dan tak sanggup menjawab, akan di anggap 'PENIPU'jugak.


Dah banyak kali aku dengar ayat-ayat merendah-rendahkan martabat bangsa Melayu ni! Jadi aku bertekad nak buktikan pada diorang yang melihat bangsa Melayu ni dengan sebelah mata ni bahawa diorang salah anggapan pasal kita. Kita bangsa yang hebat dan mempunyai daya saing!

Walaupun dah banyak 'site' yang membincangkan topik pasal Melayu ni, tapi aku masih terpanggil untuk membawa 'orang-orang' cetek pikiran nie ke dunia Melayu yang sebenarnya. Kajian aku ni, jangan ler di anggap macam kajian ahli-ahli sejarah terkenal tu (subjek sejarah masa kat sekolah tak pernah dapat A), tapi anggaplah hanya hipotesis aku melalui kajian orang lain.

Jangan anggap bangsa Melayu ni bangsa yang 'baru'. Jangan pikir bangsa Melayu ni takat Parameswara je. Bangsa Melayu ni dah lama keujudan nya....lebih lama dari keujudan bangsa China! Aku yakin, aku dapat mengemukan hujah-hujah yang boleh sekurang-kurangnya membuat orang-orang yang macam di atas tu berfikir dua kali nak kutuk bangsa Melayu. Aku bukan rasis tapi hanya nak menempatkan Melayu pada tempat yang sepatutnya.

Renung-renunglah......Banjaran di mana Gunung tertinggi di dunia berada, namanya pun, HI-MALAYA!



bersambung.....