Saturday, July 07, 2012

Kisah sedih sejarah hidup isteri ku




Hari ini tak jadi aku ke PWTC sebab brochure product tak ada. Waktu makan tengahari, aku dan isteri ku sama-sama memberi perangsang kepada kedua-dua anak kami (yang sulung ada di asrama penuh di Taiping) agar belajar dan beribadat bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Tup-tup terbuka lah cerita sejarah hidup isteriku bersana keluarganya. 12 orang adik beradik tinggal bersama-sama Ibu mereka yang tidak sihat serta ditinggal bapa yang mencari rezeki di Singapura yang akhirnya berkahwin dengan perempuan lain.

Kehidupan yang amat daif diharungi bersama dan isteri ku bersama kakak dan adik perempuannya bertindak sebagai kemudi dan pentadbir keluarga di kampung yang tiada bekalan air, elektrik malahan jalan besar pun jauh. Yang ada hanya sebuah perigi yang airnya berwarna merah dan berbau. Air untuk di minum harus di tapis menggunakan pasir dan batu-batu.(Aku masih sempat merasanya selepas perkahwinan kami)

Maka terpaksalah isteriku dan kakaknya berhijrah ke sebuah kota di utara bekerja sebagai 'minah kilang'.
Setiap minggu mereka bekejar menaiki bas untuk balik ke kampung membawa barangan keperluan rumah untuk adik-adik. Pengorbanan mereka menyebabkan hampir semua adik beradik perempuan tak berkahwin kerana hendak memastikan adik-adik dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Di sini lah aku dapati isteriku terisak-isak menangis dan membuatkan hati ku serba salah sebab selama perkahwinan kami aku masih tidak dapat memberikan kebebasan tekanan hidup kepadanya. Namun aku tahu aku akan berjaya juga insyaAllah dengan berusaha lebih keras dan berdoa penuh ikhlas.

Cukuplah setakat itu yang dapat ku ceritakan sebab ini adalah kisah peribadi yang hanya aku dan anak-anak aku perlu tahu mengenai pengorbanan seorang kakak, isteri dan ibu untuk yang di cintai.


satria parang kontot



Hari Sabtu, hari keluarga



Sabtu adalah hari-hari yang ku nantikan sebelum ini. Hari bersama keluarga dan juga hari mengemas rumah secara besar-besaran. Maklumlah ada anak-anak dan kedua-dua kami suami isteri bekerja. Orang tua ku sudah dapat berjalan selepas hampir tiga tahun terbaring di atas katil di sebabkan pembedahan lututnya tetapi masih terketar-ketar bertongkat.

Namun aku bersyukur sebab aku sudah boleh membuat kerja untuk pendapatan isi rumah ku. Isteri ku banyak membantu walaupun dengan tekanan perasaan kerana aku tidak mempunyai pendapatan tetap sebelum ini kerana menjaga orang tua ku sepenuh masa. Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku isteri yang setia.

Hari ini aku juga bercadang untuk ke PWTC untuk menghadiri pameran Franchise Malaysia...ye la cari-cari peluang berniaga kalau ada. Kalau takde pun boleh lah berjumpa dengan kawan-kawan baru.

Mungkin malam ni aku ada cerita menarik untuk di kongsi...........

satria parang kontot

Friday, July 06, 2012

Hari-hari yang berlalu...





Entah apa yang membuat aku terkenang hari-hari yang banyak menginsafkan aku. Kesusahan yang ku tanggung bersama keluarga ku adalah atas kesilapan ku sendiri.

Sudah lama aku nak menulis, malahan sudah 3 manuskrip telah ku buang gara-gara tidakdapat memuaskan hati ku. Setelah berjumpa rakan baik ku Den Cdo, yang sudah lebih 2 dekad tidak berjumpa memberi ku kenyakinan kembali kerana masih ada sahabat yang masih menyayangi ku kerana Allah.

Mungkin tulisan ini tidak akan di baca oleh sesiapa pun namun aku bertekad untuk terus menulis untuk mencurahkan perasaan, pengalaman dan pengetahuan yang aku timba di dalam hidup ini.

Untuk mereka yang 'terjumpa' blog ini singgah  lah untuk kita dapat berkenalan dan berkongsi apa-apa yang terfikir di benak hati kita. Walaubagaimana pun aku ingin memusatkan pendirian blog ini dengan artikel-artikel berbentuk penyucian hati, motivasi dan ilmu-ilmu yang berguna untuk dunia dan akhirat. insyaallah.

p/s   Corak artikel lebih kepada penulisan kreatif dan bersantai. Lawak dan jenaka adalah di alu-alukan asalkan tak menyentuh perasaan orang lain.

satria parang kontot.