Friday, February 14, 2014

Selamat menyambut Tahun Baru Cina.......

Assssssalamualaikum w.b.t.

Sahabat aku yang amat berminat memeluk Islam bertanya pada aku malam tadi, "Orang Islam tak boleh ucap Kong Hee Fatt Choy pada orang Cina ker?" Aku tersentak. "Kenapa?" aku tanya balik.

"Tadi malam I ada pegi rumah kawan Melayu, anak dia tahu pasal Tahun Baru Cina tapi dia cakap macam tu kat I. Dia cakap ustazah dia bagitau orang Islam tak boleh ucap itu macam...HALAM!".

"Hmmm.... Satu lagi cara didikan yang akan menyebabkan anak-anak menjadi ekstremis," getus hati ku.

Aku rasa umat Islam masa kini bertambah takut akan bayang-bayang sendiri. Sampai bila kita nak berasa takut (unsecure) akan diri kita sendiri?Kurang keyakinan akan Islam itu sendiri atau diri kita sendiri?

Rasulullah s.a.w. mengajar kita cara-cara bermasyarakat dan setahu aku yang cetek ilmu ini, takde pulak baginda bagitau kita jangan buat ucapan selamat kepada bukan Islam. Aku belajar kat sekolah dulu-dulu masa pelajaran Islam, Rasulullah sentiasa mengingatkan kita hak-hak keluarga, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling ke atas kita. Kita di saran berbuat baik dan sentiasa menjaga adab sopan dan akhlak kita bila bersama masyarakat.

Kalau kita haram mengucapkan selamat kepada bukan Islam, maka mereka pun tak boleh ucap Selamat kepada kita untuk acara-acara keagamaaan kita. Jumudnya pemikiran orang-orang begini akan mencetuskan ketidak harmoniaan di dalam sesuatu masyarakat.

Kawan aku tadi memang amat berminat akan Islam tetapi menjadi keliru bila terjadi perkara sebegini. Satu lagi dia tanya aku pasal satu parti politik danNGO'Islam' yang sembelih ayam dan renjis darah atas gambar seseorang bukan Islam. Lepas tu siap bagi ganjaran untuk sesiapa dapat melempang orang tu.

Satu lagi contoh kebodohan orang-orang kita di dalam menghayati ajaran Islam yang suci, di bawa oleh Rasulullah yang suci melalui Al-Quran yang suci jugak.


Aku jugak heran di atas sikap segelintir pemimpin kita baik yang berpolitik maupun yang berstatus ustaz yang masih membisu di dalam hal-hal begini. Kalau tiada statement dari diorang kita ni terawang-awang di dalam usaha kita mendidik keluarga.

Apa yang kita dapat bila kita menjadi 'keras' tak tentu hala? Bukan kita tak boleh mempertahankan kesucian Islam....tapi yakinlah Islam tetap suci. Kita jer yang tak suci. Rasulullah suci, kita tak. Al-Quran suci, kita tak. Allah Maha Besar dan Maha Suci, kita tak. Jadi, yang mana kita patut pertahankan kesucian?

Pertahankan kesucian dan kewarasan akal kita untuk pastikan Islam di pandang tinggi dan mulia oleh orang-orang bukan Islam maupun muslim itu sendiri, sebab yang menyebabkan Islam di pandang rendah sebab orang-orang Islam sendiri.

Aku harap apa-apa 'ijtihad' yang terkeluar dari mulut-mulut ustaz dan ustazah tu mustilah ada dalil dan nasnya, bukan hanya pakai akal sahaja. Ataupun hanya dengar-dengar saja terutamanya dari sumber-sumber yang tak confirm sahihnya.

Akhir sekali, aku rasa semua orang tahu.....Rasulullah s.a.w. mengajar masyarakat Arab dulu bermula dengan tauhid, 10 tahun kat Mekah hanya untuk mengajar mengEsakan Allah s.w.t. Lepas tu kat Madinah dengan pelajaran syariat. Apa maksudnya tu?

Kalau nak mengajak orang ke arah Islam, jadilah orang Islam yang terbaik di sesuatu kawasan tu, akhlak dan tabiat kita jadi contoh kepada orang lain.Bukan terkinja-kinja membuat onar dan dosa di hadapan khalayak.

Aku harap korang paham akan situasi aku sekarang ni. Kawan aku ni minggu depan nak jadi Islam secara sah dan rasmi, tapi aku tak dapat memberi dia kefahaman yang sepenuhnya tentang Islam kalau asyik nak kena jawab soalan-soalan pasal kelakuan dan gelagat orang Islam yang mencetuskan persoalan negatif dalam pikiran dia. Aku suruh dia pegi tanya ustaz-ustaz kat PERKIM sana, tapi mereka ramai yang sibuk dan hanya dapat memberi ceramah sebab kekurangan tenaga kerja.

Tengok dan nilai diri kita sendiri dulu sebelum mengecam orang lain. Islam itu indah jangan dicemari kesuciannya dengan perlakuan kita sendiri!

Tuesday, February 11, 2014

Hari ni aku terbaca kisah sepasang suami isteri di Sweden yang di tahan lebih 50 hari dipenjara kerana di dakwa memukul dan mencederakan anak-anak mereka. Terasa hiba memikirkan niat baik ibubapa muslim yang bertanggungjawab ingin mendidik anak-anak mereka supaya mengikut hukum syariat fardu ain secara bersungguh-sungguh.



Masyarakat Islam di Malaysia juga rata-rata menyatakan ketidakpuasan hati di atas penahanan pasangan tersebut. Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka agar Allah s.w.t memberi mereka berdua kekuatan mental dan fizikal serta mengurniakan kesabaran kental ketas kedua-duanya.

Pendakwaan akan bermula dan kita sama mengharapkan kebaikan yang akan terhasil dari peristiwa ini.

Apa yang nak aku bincangkan bukannya tentang penahanan mereka sebab kita sekian lama tahu 'mat saleh' menganggap bangsa Asia dan Muslim tak tahu menilai kehidupan...senang cakap kita di anggap tak bertamadun!

Aku ingin meluahkan pendapat aku jer.

Bagi ibubapa yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk mendidik anak-anak secara Islam, belajarlah! Belajarlah cara dan suruhan Rasulullah s.a.w. kepada kita cara-cara mendidik anak. Anak-anak adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu kita uruskan secara baik.

Memukul anak hendaklah untuk mendidik bukan untuk di marahi, sebab apabila kita marah syaitan akan mengendali kita. Bila marah aap-apa yang boleh dicapai akan di gunakan unuk memukul. Penyangkut baju, talipinggang, kadang-kadang batang kayu pun jadi alat memukul.

Kita mesti ingat anak-anak perlu di didik bukan di pukul! Ikuti cara dan suruhan Baginda s.a.w. 7 tahun suruh solat, 10 tahun di pukul secara mendidik. Pukul macamana dan guna apa tanya uztaz-uztaz. Didik diri kita dahulu untuk bersabar dalam mengendali anak-anak kita. Sekali lagi aku katakan belajarlah!

Berbagai amalan dan doa-doa boleh kita gunakan sebagai ganti pukulan. Doa seorang ayah untuk anaknya pasti termakbul terutamanya untuk pengertian di dalam menjadi seorang muslim yang baik. Ini di namakan pukul juga, pukul secara rohani. di dalam mengajar fardu ain, ibubapa perlu mengerjakannya dahulu untuk anak-anak ikut. Sebab itu dinamakan fardhu 'ain (mata-melihat).

Untuk kebaikan bersama luahan ini bukan aku nak kata aku ni muslim yang baik tapi ini jugak nasihat untuk diri aku jugak.


Kepada anak-anak, cubalah supaya patuh kepada ibubapak kita sebab itupun merupakan suruhan Allah dan Rasul. Mengekuarkan perkataan "AH" pun di larang inikan melawan kata-kata mereka. Jadilah insan yang baik dengan sentiasa menyayangi dan menyanjungi mereka sebab macamdalam lirik lagu Allahyarham Sudirman....Ayah dan Ibu, wali, wali keramat pada merekakita beri hormat.

Dan yang terpenting sekali Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya; "Jika boleh manusia sujud kepada manusia lain, nescaya aku perintahkan anak-anak sujud akan kedua ibubapamereka."

Akhir sekali aku masih lagi ingin menyarankan kepada kita semua agar sentiasa belajar kerana pengetahuan itu adalah Emas!

Wasalam.