Saturday, July 14, 2012

Baik, Sayang...



Pagi Jumaat tadi, aku sempat minum bersama kenalan di Jalan Ipoh. Oleh kerana aku tertinggal dompet aku kat rumah, terpaksalah sahabat aku tu belanja aku. Boleh tahan juga masakan mamak tu, berselera aku makan macam makan tengahari (bukan sebab hanya dia belanjer tapi memang aku tengah lapar).

Seronok jugak dengar cerita-cerita kawan aku ni, aku hanya banyak mengangguk sebab sibut menjamu selera mulut tak sempat kosong aku isi. Dalam cerita dia, ada satu topik yang aku nak kongsi dengan pembaca sebab memang perkara ni banyak terjadi dalam masyarakat. Bukan topik yang baru tetapi sentiasa berlegar di dalam percakapan orang ramai.

Isu apa ye? Alah, pasal laki takut bini...

Sahabat aku ni ada 2 isteri, 11 orang anak. Hebat! Aku satu isteri 3 orang anak jer. Tak sempat produce lebih, kilang dah tutup (isteri aku 3 kali Ceaserian). Kalau boleh aku nak anak 5, 6, tapi semenjak dua menjak aku kena sembelit aku terus lupakan hasrat tu. Kalau sembelit, aduuuh ketap gigi di buatnya, inikan nak beranak, boleh putus urat perut aku ni, hi..hi...hi.

Walaupun ada 2 isteri, sahabat aku ni depan kita berlagak gagah macam singa jantan ek dia. Tapi aku memang lama tahu dia ni takut kat bini dia terutamanya yang first. Aku tak penah nampak depan mata tapi banyak aku dengar dari source2 yang sahih tentang ketakutan dia akan bini dia.

Takpe lah, mungkin bukan dia yang takut bini, tapi bini dia langsung tak takut kat dia kot. Tak nak aku cerita banyak tentang dia, sebab aku dalam kategori mana aku tak tahu. Nak kata aku takut kat bini aku, tak pula rasa gerun tapi aku selalu cuba lakukan yang terbaik agar bini aku tak murka. Ni kategori takut bini ke atau sayang bini?

Kalau nak katakan bini aku garang sangat, aku tak berani cakap (Ciri2 kegarangan memang ada) tapi kalau kita tengok sejarah nabi, Nabi Yunus a.s., isteri baginda teramat2lah garang. Kalau calang2 orang macam kita dapat isteri macam tu,mungkin kita buat sex operation kot (lawak je). Nabi Yunus a.s antara para Nabi dan Rasul yang paling sabar hadapi kerenah isteri. Kalau kita ada sikit kriteria macam baginda, aku gerenti isteri2 kita tak mungkin seringai taring kat kita.

Pada hari aku nak menikah dulu, tukang nikah yang nak menikahkan aku ada tanya aku samada aku paham maksud 'bini' tu. Aku sengih kat dia dan geleng kepala. Maka dia pun bagi aku definasi Dewan Bahasa Petaka dia..."bini tu, maksudnya 'beban ini'," katanya dengan tersenyum ala-ala kambing (dia ada janggut takde misai).

Wah! Baru aku paham maksud 'bini', sebab aku selama ni ingatkan bini maksudnya "bila nak intim'. Terpikir pulak pada saat yang sama aku nak tanya tukang nikah tu 'laki' pulak apa maksudnya, tapi aku lupakan hasrat aku tu sebab aku kan pengantin baru, kena lah lagak malu2.

Selagi kita dapat maintain kemachoan kita depan bini kita, aku rasa kita belum boleh di kelaskan dalam kategori takut bini, kan...kan?(macam tak yakin pulak aku dengan statement aku tu).

Aku pernah tengok lelaki yang memang 'nampaknya' takut bini. Tiap kali bini dia suruh dia buat sesuatu, dia akan cakap...."baik,sayang...," dengan menganggukkan kepalanya. Pernah sekali bini dia tengking depan orangramai, dia hanya tunduk jer. Aku mula pikir bukan2, agaknya bini dia bagi makan nasi k........g kot. Tapi takut pulak aku silap, buat dosa kering jer.

Teringat aku pada sebuah lagu dalam cerita P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapuk masa Aziz Satar nyanyi nak cari keje. Lirik dia lebih kurang macam ni.

BEGINILAH KISAH DIRI KU YANG MALANG, OOO TUHAN,
TAK BOLEH BERSENANG LENANG,
BEREHAT SEBENTAR BINI DAH MERADANG,
KERJA BERAT TAKUT REPUT TULANG.
                                                                                                                

TIDAK LAH BOLEH KU KENANG LAH KENANG,  
OO AIR YANG JERNIH JATUHLAH BERLINANG,
KARAM DI LAUT DAPAT KU RENANG,
KARAM DI DARAT NAK BAYAR HUTANG.

(ulang semula dari mula)

Memang tajam, terutamanya untuk laki-laki yang malas keje.....

Aku pulak, isteri aku memang tak boleh nak kontrol aku. Aku ni lelaki sejati, mana boleh tunduk pada orang perempuan. Walupun aku suka suka nyanyi lagu tu, tak bermaksud aku takut bini, betul tak?

Tapi walaubagaimanapun, aku nasihatkan pada para laki-laki yang ada bini yang garang, tetapkan pendirian dan jangan takut sekali-sekali keluarkan arahan yang berbentuk perintah tetap. Jangan takut, apa bini kita boleh buat kat kita? Paling kuat, kita kena tido kat sofa luar. Eleh....ingat diorang jer boleh buat kita macam tu. Kita ada kuasa veto lah.

Jadi, aku berharaplah pada para suami-suami yang tak bekerja tu, cari lah kerja sebab orang perempuan ni meluat tengok kita dok kat rumah jer. Bila diorang saja yang bekerja, diorang akan jadi bos sebab orang pompuan ni memang macam tu. Lepas meluat mulalah diorang bising-bising, kita yang takde income ni akan jadi macam servant dia lah. Memang patut pun jadi macam tu sebab diaorang yang akan bagi kita makan.

Panjang pulak aku cerita, padahal hari ni aku nak tulis potongan bahagian-bahagian dari manuskrip yang aku kononnya nak aku jilidkan jadi buku dulu yang tak jadi. Jadi ingat lah nasihat-nasihat aku tadi. Be Firm and take control. Jangan biar bini kita jadi Queen Control, jadi King macam aku. OK? So,....

Alamak! Bini aku dah bangun la, aku belum masak air ngan breakfast lagi, mampus aku. Jumpa lagi ye, ingat apa aku cakap tadi. Aku pegi dulu............




satria parang kontot

2 comments:

  1. hehe..ini sat7u petuo yg boleh buek poroan gsabil nei ...

    ReplyDelete
  2. Orang pompuan macam kerak nasi....kena air lembut lah dia (jangan salah Tafsir ye)..

    ReplyDelete