Tuesday, February 11, 2014

Hari ni aku terbaca kisah sepasang suami isteri di Sweden yang di tahan lebih 50 hari dipenjara kerana di dakwa memukul dan mencederakan anak-anak mereka. Terasa hiba memikirkan niat baik ibubapa muslim yang bertanggungjawab ingin mendidik anak-anak mereka supaya mengikut hukum syariat fardu ain secara bersungguh-sungguh.



Masyarakat Islam di Malaysia juga rata-rata menyatakan ketidakpuasan hati di atas penahanan pasangan tersebut. Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka agar Allah s.w.t memberi mereka berdua kekuatan mental dan fizikal serta mengurniakan kesabaran kental ketas kedua-duanya.

Pendakwaan akan bermula dan kita sama mengharapkan kebaikan yang akan terhasil dari peristiwa ini.

Apa yang nak aku bincangkan bukannya tentang penahanan mereka sebab kita sekian lama tahu 'mat saleh' menganggap bangsa Asia dan Muslim tak tahu menilai kehidupan...senang cakap kita di anggap tak bertamadun!

Aku ingin meluahkan pendapat aku jer.

Bagi ibubapa yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk mendidik anak-anak secara Islam, belajarlah! Belajarlah cara dan suruhan Rasulullah s.a.w. kepada kita cara-cara mendidik anak. Anak-anak adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu kita uruskan secara baik.

Memukul anak hendaklah untuk mendidik bukan untuk di marahi, sebab apabila kita marah syaitan akan mengendali kita. Bila marah aap-apa yang boleh dicapai akan di gunakan unuk memukul. Penyangkut baju, talipinggang, kadang-kadang batang kayu pun jadi alat memukul.

Kita mesti ingat anak-anak perlu di didik bukan di pukul! Ikuti cara dan suruhan Baginda s.a.w. 7 tahun suruh solat, 10 tahun di pukul secara mendidik. Pukul macamana dan guna apa tanya uztaz-uztaz. Didik diri kita dahulu untuk bersabar dalam mengendali anak-anak kita. Sekali lagi aku katakan belajarlah!

Berbagai amalan dan doa-doa boleh kita gunakan sebagai ganti pukulan. Doa seorang ayah untuk anaknya pasti termakbul terutamanya untuk pengertian di dalam menjadi seorang muslim yang baik. Ini di namakan pukul juga, pukul secara rohani. di dalam mengajar fardu ain, ibubapa perlu mengerjakannya dahulu untuk anak-anak ikut. Sebab itu dinamakan fardhu 'ain (mata-melihat).

Untuk kebaikan bersama luahan ini bukan aku nak kata aku ni muslim yang baik tapi ini jugak nasihat untuk diri aku jugak.


Kepada anak-anak, cubalah supaya patuh kepada ibubapak kita sebab itupun merupakan suruhan Allah dan Rasul. Mengekuarkan perkataan "AH" pun di larang inikan melawan kata-kata mereka. Jadilah insan yang baik dengan sentiasa menyayangi dan menyanjungi mereka sebab macamdalam lirik lagu Allahyarham Sudirman....Ayah dan Ibu, wali, wali keramat pada merekakita beri hormat.

Dan yang terpenting sekali Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya; "Jika boleh manusia sujud kepada manusia lain, nescaya aku perintahkan anak-anak sujud akan kedua ibubapamereka."

Akhir sekali aku masih lagi ingin menyarankan kepada kita semua agar sentiasa belajar kerana pengetahuan itu adalah Emas!

Wasalam.



No comments:

Post a Comment